Huahhuahahahuhahuhahuhah


Assalamualaikum, lama dah aku tidak meng'post' di blog ni. jarang online sekarang, kalau online pun guna telepon, malas sikit. tiba tiba aku rasa nak meng'post' ni. Rinduuu :3

Alhamdulillah sekarang dah masuk bulan 9. pejam celik pejam celik je dah bulan 9 kan? rasa macam pendek je masa laju sangat masa berlalu tahun ni. Dan cepat lambat 2014 aku akan memduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Rasa gembira, takut semua ada, almaklumlah peperiksaan besar tu. penentu masa hadapan aku.

Nak buat yang terbaik nak banggakan abah dan emak, insyaAllah. Nak pindah sekolah tak dapat, puas pujuk. Dulu dia yang suruh asrama sangat, sekarang orang dah nak tak kasi pula. hm. Tak apa lah, semua sekolah sama kan ? :')

Kebelakangan ni aku selalu tak sihat. Tapi tetap ke sekolah, insyaAllah selagi boleh bertahan. Titik tolak ni juga aku rasa aku dah berubah. Rasa lain sangat, selesa tetapi agak tidak tenang sebab macam macam benda yang berlegar di kepala aku ni macam macam aku fikir. Rasa macam nak hentak je kepala ni.

Oh ya ! Minggu ni dah minggu terakhir Syawal kan. harap masih tak terlambat aku nak ucap
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Raya tahun ni macam biasa raya di Melaka, very awesome dohh. Haha. Cuma kurang menariknya keluarga aku tak ada warna tema untuk raya tahun ni. Aku, emak dan kakak pakai jubah je. Ala ala arab gituuuu, perasan hahaha. Abah pakai baju melayu labuh dan abang pakai jubah. Nak letak gambar tapi tak ada. Jadi insyaAllah lain kali. Biar lambat asal selamat ;)

31 Oktober 2013 rumah aku buat sikit jamuan raya sekali dengan majlis pertunangan kakak. Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar, meriah sangat. Paling sedih masa amik gambar keluarga semua berpasangan aku sorang je tak tsktsk. Rasa macam nak lari je LOL hahahhahaha. Abah dan emak yang cakap tak apa tak perlu tak payah sekolah lagi. Dah habis sekolah nak bawa balik bawa lah. Tak apa insyaAllah tahun depan, heeeeeee ^^

Terima kasih juga pada yang datang, dan maaf pada yang aku terlepas pandang nak jemput . . Rasa macam ramai sangat cakap aku takk jemput, terlepas pandang atau terlupa mungkin atau memang tak jumpa selepas dah tetepkan tarikh untuk jamuan raya tu, dah lepas baru jumpa. Maaf sangat sangat, aku memang tak sengaja.

Alhamdulillah, ini sahaja lah. Sehingga berjumpa di post yang lain, insyaAllah. Maaf atas salah dan silap antara sengaja mahupun tidak dari saya.





No comments:

Post a Comment

Re-edit by: Nurul Ain http//:gerakanmouse.blogspot.com